Grab Driver adalah salah satu pekerjaan sambilan dan sepenuh masa paling popular di Malaysia sejak 2015. Kini anda boleh mendaftar sebagai Grab Driver secara online dan mulakan proses dalam 24-jam (Isnin – Jumaat). Pemohon baru boleh mulakan proses pendaftaran Grab Driver melalui link DAFTAR SEKARANG di bawah.
- Sambilan Dan Sepenuh Masa
- Proses Permohonan Cepat Tanpa Perlu Hadir Ke Grab Kiosk/Grab GDC. (BARU)
- PSV Bersama Grab PERCUMA untuk pemohon baru di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor (Slot Terhad)
- Pengesahan Dokumen Secara Online (SOP COVID19)
- Program Pembayaran Balik sebanyak RM300 untuk pemohon baru.
Apa Itu GrabCar?
GrabCar adalah satu perkhidmatan e-hailing yang diasaskan GrabCar Sdn Bhd pada tahun 2015. Hampir 300,000 rakyat Malaysia telah berdaftar sebagai pemandu Grab di Malaysia. Kebanyakan pemandu berdaftar sebagai pemandu sambilan (part-time).
GrabCar memberi kebebasan kepada anda untuk pandu dan online pada bila-bila masa. Anda hanya perlu online aplikasi Grab Driver anda dan kenderaan berdaftar anda akan disambungkan kepada penumpang yang menempah melalui aplikasi Grab. Ia adalah cara yang paling mudah dan fleksible untuk menjana pendapatan.
Pengenalan Kepada Grab
Grab Holding Inc. lebih mudah dikenali sebagai Grab, adalah syarikat e-hailing multinasional yang berasal dari Malaysia. Kini ibu pejabat Grab berlokasi di Singapura. Grab beroperasi di negara-negara ASEAN dan Asia Timur seperti Singapura, Jepun, Cambodia, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Philippines, Thailand dan Vietnam.
Hari ini, pemandu Grab merupakan salah satu pekerjaan sambilan yang popular di Malaysia.
Kenapa Pandu GrabCar?

JANA PENDAPATAN
Heatmap di dalam aplikasi Grab Driver menunjukkan kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Pemandu boleh menuju ke kawasan tersebut untuk menjana pendapatan. Pemandu Grab juga boleh cashout tambang kredit kad setiap hari di dalam aplikasi.

MASA KERJA FLEKSIBLE
Pemandu boleh online dan memandu ikut masa sendiri. Pilih waktu yang betul untuk memaksimakan pendapatan anda dalam masa yang singkat.

LUASKAN RANGKAIAN ANDA
Berkenalan dengan orang baru dan bina rangkaian baru pada masa anda menjana pendapatan.

FAEDAH EKSKLUSIF
Pelbagai faedah dan ganjaran boleh didapati melalui Program GrabAllstars dan GrabBenefit di dalam aplikasi Grab Driver.
Apakah Pandangan Pemandu GrabCar?



Syarat Pemandu
Syarat Kenderaan
Kereta buatan 2009 dan mempunyai 4 pintu dan ke atas. Kereta yang didaftar di bawah syarikat dan 4WD (Hilux, Triton) adalah TIDAK diterima di bawah arahan APAD.
Bandar Pendaftaran
Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Perak, Kelantan, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang.
Syarat Handphone
Smartphone Android 4.1 atau IOS 10.0 dan ke atas.
Lesen Memandu
Warganegara Malaysia berumur 21-69 tahun dengan Lesen Memandu Penuh D/DA (Lesen P TIDAK diterima)
Peraturan E-Hailing Di Malaysia

Pemeriksaan Kesihatan JPJ
Pemeriksaan Medikal JPJL8A adalah wajib untuk permohonan Lesen PSV.

Pemeriksaan E-Hailing Puspakom
Pemeriksaan E-Hailing Puspakom adalah wajib untuk kereta berusia 2-tahun-6-bulan dan ke atas (mengikut tarikh buatan yang tertera pada geran JPJ).

Lesen PSV
Lesen PSV (Public Service Vehicle) di bawah kategori TEKSI/E-Hailing adalah wajib.

Insuran E-Hailing
Grab bekerjasama dengan pihak insuran di seluruh Malaysia untuk menyediakan perlindungan e-hailing kepada semua pemandu e-hailing.

Grab EVP
Admin pendaftaran Grab akan proses permohonan EVP (E-Hailing Vehicle Permit) selepas pemandu berjaya melengkapkan borang pendaftaran yang dihantar.
Langkah-langkah Daftar Grab Driver Dengan Mudah
- Semak dan pastikan anda memenuhi syarat yang tertera di atas.
- Sediakan lima (5) dokumen asas yang diperlukan di bawah:
- Gambar Profile
- Gambar Kad Pengenalan (Asal)
- Gambar Lesen Memandu (Asal)
- Insuran Covernote Kereta
- Geran JPJ Kereta
Klik link untuk maklumat lanjut berkenaan dokumen diperlukan.
- Isi dan muat naik dokumen asas ke link BORANG PENDAFTARAN
- Semak inbox EMAIL selepas borang pendaftaran berjaya hantar untuk berhubung dengan admin pendaftaran anda.
- Admin pendaftaran akan semak dan balas langkah seterusnya dalam masa 24-jam (Isnin – Jumaat).
Program Pembayaran Balik
Semua pemohon yang mengambil kursus Lesen PSV di Malaysia layak menerima tebusan selepas akaun berjaya diaktifkan.
- Pemohon yang mengambil kursus PSV di institut memandu bukan panel Grab layak menerima tebusan RM100 maksimum dari Grab.
- Pemohon yang mengambil kursus PSV bersama Grab layak menerima tebusan RM150 maksimum. Ini bermakna kursus PSV tersebut adalah percuma.
- Semua pemohon layak tebus kos bayaran Kad PSV RM20 dan Pemeriksaan Kesihatan JPJ RM80.
Selain dari di atas, pemohon yang memiliki kereta berusia 2.5 tahun dan ke atas layak tebus pemeriksaan Puspakom berkala e-hailing pertama sebanyak RM70.
Kos EVP (E-Hailing Vehicle Permit) berharga RM115 akan ditanggung oleh Pihak Grab.
*Tertakluk pada terma dan syarat
SOALAN LAZIM(FAQ)
Syarat Pendaftaran Pemandu GrabCar
- Warganegara Malaysia (MyKad Biru dan MyTentera sahaja)
- Minimum Umur 21-69 Tahun.
- Kereta buatan 2009 ke atas dan mempunyai 4-pintu
- Lesen Memandu Penuh D/DA (Lesen P TIDAK diterima)
Syarat Kenderaan GrabCar
Terdapat pelbagai perkhidmatan dalam aplikasi Grab untuk keperluan setiap penumpang. Setiap perkhidmatan mempunyai tambang dan syarat-syarat; contohnya jenis kereta, prestasi pemandu dan sebagainya.
Kereta yang TIDAK layak
- Perodua Kelisa
- Perodua Viva
- Perodua Kancil
- Perodua Kembara
- Perodua Kenari
- Inokom Atos (Old model 2007-2010)
- Inokom Matrix
- Renault Kangoo
- Proton Wira
- Proton Iswara
- Proton Gen 2
- Proton Savvy
- Proton Satria Neo (2 Doors)
- Proton Waja (Only rejected in Sabah)
- Kia Spectra/Naza Spectra
- Kia Sutera/Naza Sutera
- Kia Picanto/Naza Picanto(Old model 2007-2010)
- Honda CR-Z (2 Doors)
- Hyundai Getz (Old model 2007-2010)
- Hyundai i10 (Old model 2007-2010)
- Chevrolet Aveo (Old model 2007-2010)
- Changan Era CM8
- 2 Doors Vehicles
- Taxi vehicles / Personal Advertised vehicles
*Sekiranya model kereta anda TIDAK tertera dalam list di atas, maksudnya kereta anda LAYAK untuk pendaftaran Grab.
**Kenderaan Buatan 2009 dan ke atas akan diterima sehingga pengumuman lanjut dari pihak berkuasa termasuk pemandu GrabCar lama.
Pihak Grab berhak untuk menambah atau mengeluarkan model kereta dalam list kelayakan tanpa notis.
Grab Part Time Dan Full Time
Grab beroperasi 24-jam dan 7-hari seminggu. Pemandu boleh online aplikasi Grab Driver dan memandu pada bila-bila masa mengikuti jadual masing-masing.
Sila rujuk pada admin pendaftaran untuk maklumat lanjut.
POTENSI PENDAPATAN PEMANDU GRABCAR
Secara purata, pemandu GrabCar dapat menjana anggaran RM20-40 sejam bergantung pada permintaan semasa.
Jumlah pendapatan bulanan adalah terpulang kepada pemandu.
Selepas anda berjaya didaftarkan melalui borang pendaftaran di dalam page ini. Anda akan dimasukkan ke dalam WhatsApp Group Pemandu dan anda juga akan menerima kredit permulaan percuma RM20. Sila rujuk kepada admin pendaftaran untuk maklumat lanjut.
WhatsApp Group Available:
- BM/English
- Ladies Only
- Mandarin-Language Specific Group
PENDAFTARAN PEMANDU GRABCAR (SYARAT TAMBAHAN)
Mulai 12th Oktober 2019, setiap pemandu e-hailing WAJIB mempunyai Lesen PSV (Public Service Vehicle) Teksi/Kereta Sewa/E-Hailing.
Selain dari itu, kereta berdaftar juga perlu mempunyai perlindungan e-hailing.
Setiap kereta yang beroperasi atas aplikasi Grab wajib mempunyai EVP (E-Hailing Vehicle Permit).
Sekiranya anda mendaftar melalui borang di dalam page ini. Admin Grab akan memberi langkah-langkah cara mendaftar lesen PSV, E-Hailing Insuran, EVP Grab dalam masa yang singkat.
Boleh, pemandu yang berdaftar boleh memandu GrabCar dengan kereta bukan hak milik.
Syarat-syarat:
- Nama pemandu berdaftar ditulis di dalam covernote insuran kereta tersebut
- Insuran Kereta tersebut dibawah perlindungan ALL DRIVER/AUTHORISED DRIVER/ANY AUTHORISED DRIVER
WhatsApp admin pendaftaran (60163168357) untuk maklumat lanjut.
Kalau anda pernah pandu untuk GrabCar/Grab Bike/Grab Food/Grab Express/ Grab Taxi.
Anda TIDAK PERLU daftar semula. Call Existing Driver Support 1300-80-6688 untuk pengaktifan/rayuan account.
Atas kesulitan EVP (E-Hailing Vehicle Permit), pada masa sekarang kita hanya boleh proses pemandu GrabCar yang berdaftar dengan kereta persendirian/sendiri.
Pihak kami tiada menyediakan perkhidmatan kereta sewa.