About Grab Company

Grab is a technology company that operates a ride-hailing platform across Southeast Asia (SEA). It offers car booking services while continuously developing solutions for commuting and digital payments through its e-wallet ecosystem.

In Malaysia, Grab primarily provides private car transportation services as well as food delivery through GrabFood.

GrabCar Introduction

Pengenalan Kepada Grab

Grab Holdings Inc., atau lebih dikenali sebagai Grab, merupakan syarikat e-hailing multinasional yang berasal dari Malaysia dan kini beribu pejabat di Singapura. Grab beroperasi di pelbagai negara di rantau ASEAN dan Asia Timur seperti Singapura, Jepun, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

Hari ini, menjadi pemandu Grab merupakan salah satu pilihan pekerjaan sambilan yang popular di Malaysia, terutamanya kerana fleksibiliti masa bekerja dan peluang menjana pendapatan tambahan mengikut keselesaan sendiri.

Apa itu GrabCar?

GrabCar adalah perkhidmatan e-hailing yang diperkenalkan oleh GrabCar Sdn Bhd pada tahun 2015. Sehingga kini, hampir 300,000 rakyat Malaysia telah berdaftar sebagai pemandu Grab, dengan majoriti memilih untuk memandu secara sambilan (part-time) kerana fleksibiliti yang ditawarkan.

GrabCar memberi kebebasan sepenuhnya kepada anda untuk memandu dan online pada bila-bila masa mengikut jadual sendiri. Anda hanya perlu mengaktifkan aplikasi Grab Driver, dan kenderaan berdaftar anda akan disambungkan secara automatik kepada penumpang yang membuat tempahan melalui aplikasi Grab.

Ia merupakan salah satu cara paling mudah dan fleksibel untuk menjana pendapatan tambahan atau tetap, bergantung kepada masa dan komitmen anda sendiri.