Grab Driver adalah salah satu pekerjaan sambilan dan sepenuh masa paling popular di Malaysia sejak 2015. Kini anda boleh mendaftar sebagai Grab Driver secara online dan mulakan proses dalam 24-jam (Isnin – Jumaat). Pemohon baru boleh mulakan proses pendaftaran Grab Driver melalui link DAFTAR SEKARANG di bawah. 

  • Sambilan Dan Sepenuh Masa
  • Proses Permohonan Cepat Tanpa Perlu Hadir Ke Grab Hub /Grab GDC.
  • PSV Bersama Grab PERCUMA untuk pemohon baru di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor (Slot Terhad)
  • Kelayakan BUDI95 tambahan 600L & 800L
  • Program Pembayaran Balik sebanyak RM300 untuk pemohon baru.

Apa itu GrabCar?

GrabCar adalah perkhidmatan e-hailing yang diperkenalkan oleh GrabCar Sdn Bhd pada tahun 2015. Sehingga kini, hampir 300,000 rakyat Malaysia telah berdaftar sebagai pemandu Grab, dengan majoriti memilih untuk memandu secara sambilan (part-time) kerana fleksibiliti yang ditawarkan.

GrabCar memberi kebebasan sepenuhnya kepada anda untuk memandu dan online pada bila-bila masa mengikut jadual sendiri. Anda hanya perlu mengaktifkan aplikasi Grab Driver, dan kenderaan berdaftar anda akan disambungkan secara automatik kepada penumpang yang membuat tempahan melalui aplikasi Grab.

 

Ia merupakan salah satu cara paling mudah dan fleksibel untuk menjana pendapatan tambahan atau tetap, bergantung kepada masa dan komitmen anda sendiri.

Pengenalan Kepada Grab

Grab Holdings Inc., atau lebih dikenali sebagai Grab, merupakan syarikat e-hailing multinasional yang berasal dari Malaysia dan kini beribu pejabat di Singapura. Grab beroperasi di pelbagai negara di rantau ASEAN dan Asia Timur seperti Singapura, Jepun, Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.

 

Hari ini, menjadi pemandu Grab merupakan salah satu pilihan pekerjaan sambilan yang popular di Malaysia, terutamanya kerana fleksibiliti masa bekerja dan peluang menjana pendapatan tambahan mengikut keselesaan sendiri.

Kenapa Pandu GrabCar?

register grab driver malaysia

JANA PENDAPATAN

Heatmap di dalam aplikasi Grab Driver menunjukkan kawasan yang mempunyai permintaan yang tinggi. Pemandu boleh menuju ke kawasan tersebut untuk menjana pendapatan. Pemandu Grab juga boleh cashout tambang kredit kad setiap hari di dalam aplikasi.

register grab driver malaysia

MASA KERJA FLEKSIBLE

Pemandu boleh online dan memandu ikut masa sendiri. Pilih waktu yang betul untuk memaksimakan pendapatan anda dalam masa yang singkat.

register grab driver malaysia

LUASKAN RANGKAIAN ANDA

Berkenalan dengan orang baru dan bina rangkaian baru pada masa anda menjana pendapatan.

register grab driver malaysia

FAEDAH EKSKLUSIF

Pelbagai faedah dan ganjaran boleh didapati melalui Program GrabAllstars dan GrabBenefit di dalam aplikasi Grab Driver.

Apakah Pandangan Pemandu GrabCar?

Syarat Pemandu

Syarat Kenderaan

Kereta buatan 2012 dan mempunyai 4 pintu dan ke atas. Kereta yang didaftar di bawah syarikat dan 4WD (Hilux, Triton) adalah TIDAK diterima di bawah arahan APAD.

Bandar Pendaftaran

Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Kedah, Perlis, Pahang, Perak, Kelantan, Kuala Terengganu dan Pulau Pinang.

Syarat Handphone

Smartphone Android 4.1 atau IOS 10.0 dan ke atas.

Lesen Memandu

Warganegara Malaysia berumur 21-69 tahun dengan Lesen Memandu Penuh D/DA (Lesen P TIDAK diterima)

Peraturan E-Hailing Di Malaysia

Grab Driver Medical

Pemeriksaan Kesihatan JPJ

Pemeriksaan kesihatan JPJL8A adalah wajib bagi semua pemohon Lesen PSV sebelum permohonan boleh diproses.

Grab Puspakom

Pemeriksaan E-Hailing Puspakom

Pemeriksaan E-Hailing oleh PUSPAKOM adalah wajib bagi kenderaan yang berusia 2 tahun 6 bulan dan ke atas, berdasarkan tarikh pembuatan yang tertera pada geran Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Grab PSV License

Lesen PSV

Lesen PSV (Public Service Vehicle) di bawah kategori Teksi/E-Hailing adalah wajib bagi semua pemandu e-hailing.

Grab Driver E-Hailing Insurance

Insuran E-Hailing

Grab bekerjasama dengan syarikat insurans di seluruh Malaysia untuk menyediakan perlindungan e-hailing kepada semua pemandu.

Grab EVP

Grab EVP

Admin pendaftaran Grab akan memproses permohonan EVP (E-Hailing Vehicle Permit) selepas pemandu berjaya melengkapkan dan menghantar borang pendaftaran.

Langkah-langkah Daftar Grab Driver Dengan Mudah

  1. Semak dan pastikan anda memenuhi semua syarat yang tertera di atas.

    Sediakan lima (5) dokumen asas berikut:

    • Gambar profil
    • Gambar Kad Pengenalan (asal)
    • Gambar Lesen Memandu (asal)
    • Insurans cover note kereta
    • Geran kereta dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)

    Klik pautan yang disediakan untuk maklumat lanjut mengenai dokumen yang diperlukan.

    Seterusnya, isi borang dan muat naik semua dokumen ke dalam pautan BORANG PENDAFTARAN.

    Selepas borang berjaya dihantar, sila semak inbox email anda untuk maklumat berhubung dengan admin pendaftaran.

    Admin pendaftaran akan menyemak permohonan anda dan memberikan langkah seterusnya dalam tempoh 24 jam (Isnin – Jumaat).

Program Subsidi PSV & EVP

Program Subsidi PSV & EVP

Semua pemohon yang mengambil kursus Lesen PSV di Malaysia layak menerima tebusan selepas akaun Grab berjaya diaktifkan.

Pemohon yang mengambil kursus PSV bersama Grab layak menerima tebusan 100% (maksimum), menjadikan kursus PSV tersebut percuma. Manakala pemohon yang mengambil kursus PSV di institut memandu bukan panel Grab layak menerima tebusan sehingga RM100 daripada Grab selepas pengaktifan akaun.

Selain itu, semua pemohon juga layak menuntut:

  • RM30 untuk kos Kad PSV
  • RM50/RM80 untuk Pemeriksaan Kesihatan JPJ (JPJL8A)

Kos EVP (E-Hailing Vehicle Permit) sebanyak RM115 turut akan ditanggung oleh pihak Grab.

 

Semua tebusan adalah tertakluk kepada terma dan syarat.

SOALAN LAZIM(FAQ)

Syarat Pendaftaran Pemandu GrabCar
  • Warganegara Malaysia (MyKad Biru / MyTentera sahaja) untuk pengesahan identiti
  • Umur 21–69 tahun bagi memenuhi syarat kelayakan memandu e-hailing
  • Kereta 4 pintu, tahun 2012 dan ke atas untuk keselesaan dan piawaian keselamatan
  • Lesen Memandu Penuh D/DA yang sah (Lesen P tidak diterima) bagi memastikan pemandu berpengalaman
  •  
Syarat Kenderaan GrabCar

Grab menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan dalam aplikasi untuk memenuhi keperluan penumpang. Setiap perkhidmatan mempunyai kadar tambang dan syarat tersendiri, termasuk jenis kenderaan, keadaan kereta, serta prestasi pemandu.

Kereta yang TIDAK layak:

Perodua Kelisa, Perodua Viva, Perodua Kancil, Perodua Kembara, Perodua Kenari
Inokom Atos (2007–2010), Inokom Matrix
Renault Kangoo
Proton Wira, Proton Iswara, Proton Gen 2, Proton Savvy
Proton Satria Neo (2 pintu), Proton Waja (tidak diterima di Sabah)
Kia Spectra / Naza Spectra, Kia Sutera / Naza Sutera
Kia Picanto / Naza Picanto (2007–2010)
Honda CR-Z (2 pintu)
Hyundai Getz (2007–2010), Hyundai i10 (2007–2010)
Chevrolet Aveo (2007–2010)
Changan Era CM8

Selain itu, kategori berikut juga tidak diterima:

  • Kenderaan 2 pintu
  • Teksi atau kenderaan dengan iklan peribadi/commercial wrap

Nota Penting:
Sekiranya model kereta anda tidak tersenarai di atas, ini bermakna kenderaan anda layak untuk pendaftaran (tertakluk kepada syarat lain).

Kenderaan mestilah berumur 15 tahun dan ke bawah berdasarkan tarikh pada geran JPJ, dan syarat ini tertakluk kepada perubahan daripada pihak berkuasa.

Pihak Grab berhak untuk menambah atau mengeluarkan model kenderaan daripada senarai kelayakan pada bila-bila masa tanpa notis.

Grab Part-Time & Full-Time

Grab beroperasi 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Pemandu boleh online aplikasi Grab Driver dan mula memandu pada bila-bila masa mengikut jadual dan keselesaan sendiri—sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada admin pendaftaran anda.

Potensi Pendapatan Pemandu GrabCar

Grab menawarkan peluang pendapatan yang fleksibel bergantung kepada masa dan usaha pemandu. Secara purata, pemandu GrabCar boleh menjana sekitar RM20–40 sejam, bergantung kepada permintaan semasa, lokasi, dan waktu pemanduan (contohnya waktu puncak seperti pagi, petang dan hujung minggu).

Pendapatan ini boleh meningkat jika pemandu memandu pada waktu permintaan tinggi atau mengambil lebih banyak trip dalam sehari.

Jumlah pendapatan bulanan adalah fleksibel dan bergantung sepenuhnya kepada pemandu—anda boleh memilih untuk memandu secara sambilan untuk pendapatan tambahan atau sepenuh masa untuk menjana pendapatan yang lebih konsisten.

PENDAFTARAN PEMANDU GRABCAR (SYARAT TAMBAHAN)

Mulai 12 Oktober 2019, semua pemandu e-hailing diwajibkan memiliki Lesen PSV (Public Service Vehicle) di bawah kategori Teksi/Kereta Sewa/E-Hailing, selaras dengan peraturan yang ditetapkan oleh Ministry of Transport Malaysia.

Selain itu, setiap kenderaan yang digunakan juga perlu mempunyai perlindungan insurans e-hailing yang sah bagi melindungi pemandu dan penumpang semasa perjalanan.

Di samping itu, semua kenderaan yang beroperasi di bawah aplikasi Grab wajib memiliki EVP (E-Hailing Vehicle Permit) sebagai kelulusan rasmi untuk menjalankan perkhidmatan e-hailing.

Sekiranya anda mendaftar melalui borang di dalam halaman ini, admin pendaftaran akan membimbing anda langkah demi langkah—termasuk cara mendapatkan Lesen PSV, mengurus insurans e-hailing, serta permohonan EVP—bagi memastikan proses pendaftaran anda berjalan dengan cepat dan lancar.

 
 

Boleh. Pemandu berdaftar boleh memandu Grab GrabCar menggunakan kenderaan yang bukan hak milik sendiri, dengan syarat berikut:

Syarat-syarat:

  • Nama pemandu mesti dinyatakan dalam cover note insurans kenderaan
  • Polisi insurans mestilah meliputi ALL DRIVER / AUTHORISED DRIVER / ANY AUTHORISED DRIVER

Jika anda pernah memandu untuk Grab (GrabCar, GrabBike, GrabFood, GrabExpress atau GrabTaxi), anda TIDAK PERLU mendaftar semula.

Sila hubungi Existing Driver Support di 1300-80-6688 untuk proses pengaktifan semula atau rayuan akaun.

Disebabkan kesulitan dalam proses EVP (E-Hailing Vehicle Permit), buat masa ini kami hanya boleh memproses permohonan pemandu Grab GrabCar yang menggunakan kereta persendirian atau milik sendiri.