BANTUAN E-HAILING GRAB RM500 - Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+) JUN2021
Seperti dimaklumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Muhiyiddin bin Md. Yasin di Perutusan Khas FMCO (Full Movement Control Order) 31hb MEI 2021 9:00pm berkenaan Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (Pemerkasa+)
FMCO (Full Movement Control Order) / PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Penuh) Fasa 1 berkuatkuasa mulai 1hb Jun 2021 – 14 Jun 2021.
Antara bantuan yang diumumkan pada perutusan khas 31hb MEI 2021 ialah sejumlah RM68 juta diperuntukan kepada mereka yang bekerja dalam industri pelancongan dan pengangkutan. Bantuan kewangan secara ‘ONE-OFF’ bernilai RM500 akan diberikan kepada 17,000 pemandu pelancong dan lebih 100,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas pelancongan, kereta sewa dan pemandu e-hailing. Menurut Perdana Menteri, bantuan tersebut akan disalurkan pada Julai 2021 ini untuk individu berkenaan yang berdaftar dan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).
Bantuan ini adalah tambahan kepada pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) FEB2021 yang diumumkan oleh kerajaan pada Januari lalu, yang juga bantuan secara ‘ONE-OFF’ kepada industri terlibat. Sebelum ini, di bawah program Bantuan Prihatin Nasional (BPN) APR20, pemandu e-hailing menerima RM500 juga secara ‘ONE-OFF’, sementara pemandu teksi dan bas pula masing-masing menerima RM600.
Syarat dan maklumat akan diumumkan oleh pihak APAD (Agensi Pengangkutan Awam Darat) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dalam masa yang terdekat.
MAKLUMAN BANTUAN E-HAILING PEMERKASA+ 2021 RM500 (JULAI21)
8 Julai 2021
- Apakah nama inisiatif ini?
Bantuan Khas di bawah PROGRAM STRATEGIK MEMPERKASA RAKYAT DAN EKONOMI TAMBAHAN (PEMERKASA+) sebanyak RM500 secara one-off untuk Pemandu E-Hailing. - Siapakah yang layak menerima bantuan PEMERKASA+ ini?
Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:- Warganegara Malaysia;
- Pemandu perlu berdaftara dengan mana-mana E-Hailing Operator yang sah.
- Pemandu memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
- Kenderaan ang dipandu telah dilesekan dengan Permit Kenderaan e-hailing (eVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD)
- Pemandu dengan pendapatan bulanan sekurang-kurangnya RM700 berdasarkan jumlah kutipan tambang untuk mana-mana bulan di antara JANUARI sehingga MEI 2021; dan;
- Pemandu tidak menerima bantuan untuk pemandu Teksi RM500 di bawah inisiatif sama.
- Saya adalah penerima bantuan PERMAI tahun 2021, adakah saya masih layak untuk kali ini?
Anda adalah LAYAK selagi mana anda memenuhi semua kriteria kelayakan seperti di soalan (2). - Bagaimanakah cara memohon Bantuan PEMERKASA+ ini dan bagaimana cara bayaran dibuat?
Pemandu TIDAK PERLU membuat sebarang permohonan. EHO menyediakan senarai nama pemandu yang menepati kriteria kelayakan kepada APAD untuk proses saringan PSV dan eVP. Dana akan dimasukkan oleh Kerajaan kepada EHO dan pembayaran kepada pemandu yang layak dibuat ole EHO kepada Pemandu masing-masing. - Sekiranya saya pemandu teksi dan juga e-hailing, adakan saya akan menerima bantuan bagi kedua-dua kategori?
TIDAK. pemandu hanya layak terima salah satu kategori sahaja. - Bilakah pemandu e-hailing akan menerima bantuan ini?
Penyaluran dana kepada EHO akan dibuat sebelum 15 JULAI 2021 untuk EHO membuat pembyaran kepada pemandu.Pemandu e-hailing boleh menyemak status kelayakan dan menuntut bantuan dengan EHO masing-masing pada tarikh 15 JULAI 2021. - Saya berdaftar dan memandu untuk dua syarikat e-hailing. Adakah saya akan mendapat dua kali bayaran bantuan?
TIDAK, bantuan ini secara one-off kepada setiap pemandu sahaja dan bukan mengikut jumlah EHO disertai mahupun jumlah eVP yang dimiliki. - Saya pemandu e-hailing secara part-time. Adakah saya layak?
Pemandu full time dan part time adalah layak sekiranya memenuhi kriteri kelayakan seperti di soalan (2) - Akaun e-hailing saya digantung oleh EHO. Adakah saya layak memohon?
Anda dinasihatkan supaya mengemaskini status penggantungan akuan dengan EHO segera bagi mengelakkan nama terccir dari senarai penerima yang layak.
Info Ringkas:
Sila hubungi: 03-26036600
Email: pemerkasa.ehailing@apad.gov.my
Laman Sesawang
Agensi Pelaksana
MAKLUMAN BANTUAN E-HAILING RM500 Tahun 2020 : Bahagian 1 & 2
PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI 2020: INSENTIF RM500 KEPADA PEMANDU E-HALING
Bahagian 1: Frequently Asked Questions (FAQs) – (Soalan Lazim)
1. SIAPAKAH YANG LAYAK MENERIMA INSENTIF INI?
Pemandu E-HAILING sepenuh masa layak menerima insentif. Kriteria ‘sepenuh masa’ ditentukan oleh Kementerian Kewangan.
2. BAGAIMANAKAH CARA MEMOHON INSENTIF INI ?
Kementerian Kewangan sedang memperhalusi prosedur terbaik untuk menyalurkan insentif kepada pemandu. Buat masa ini tiada keperluan untuk pemandu membuat sebarang permohonan.
3. BILAKAH PEMANDU E-HAILING AKAN MENERIMA INSENTIF INI ?
Kementerian Kewangan akan memaklumkan tarikh permulaan penyaluran insentif.
4. APAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN WEBSITE BANTUAN PRIHATIN
Tidak. Bantuan RM500 kepada pemandu e-hailing tidak disenarikan di dalam website Bantuan Prihatin.
5. SAYA BERDAFTAR DAN MEMANDU UNTUK DUA SYARIKAT E-HAILING. ADAKAH SAYA AKAN MENDAPAT DUA KALI BAYARAN INSENTIF ?
Tidak. Setiap pemandu yang layak hanya akan mendapat satu (1) kali bayaran insentif sahaja.
6. SEKIRANYA SAYA PEMANDU TEKSI DAN JUGA E-HAILING, ADAKAH SAYA AKAN MENERIMA INSENTIF BAGI KEDUA-DUA
Tidak. Pemandu teksi layak menerima Bantuan Insentif RM600 sahaja.
7. SAYA PEMANDU E-HAILING SECARA PART TIME DAN PEMANDU TEKSI JUGA PART TIME. ADAKAH SAYA LAYAK UNTUK KEDUA-DUA BANTUAN INI ?
Tidak. Walau bagaimana pun, semua pemandu teksi yang kekal aktif berdasarkan Kad Pemandu yang aktif layak menerima insentif RM600 untuk pemandu teksi.
8. PENDAPATAN SAYA TIDAK MENCECAH RM2000 SEBULAN SEDANGKAN SYARAT PENDAPATAN PERLU RM2000. APAKAH LANGKAH YANG PERLU SAYA AMBIL ?
Syarat kelayakan sebagai pemandu sepenuh masa ditentukan oleh Kementerian Kewangan.
9. SAYA TIDAK LAYAK KERANA PENDAPATAN TIDAK CECAH RM2000. INI KERANA KEKURANGAN PELANGGAN DISEBABKAN PKP ?
Syarat kelayakan sebagai pemandu sepenuh masa ditentukan oleh Kementerian Kewangan. Tempoh masa sebelum bermula PKP diambil kira di dalam penentuan syarat kelayakan.
10. ADAKAH SEBARANG BANTUAN LAIN KEPADA PEMANDU E-HAILING SELAIN BANTUAN INI ?
Sila rujuk kelayakan individu menerusi Pakej Bantuan Prihatin Nasional.
11. ADAKAH SEBARANG BANTUAN LAIN KEPADA PEMANDU E-HAILING SELAIN BANTUAN INI ?
Sila rujuk kelayakan individu menerusi Pakej Bantuan Prihatin Nasional.
12. SAYA TELAH MEMBUAT SEMAKAN DENGAN ‘EHO’, MEREKA MENYATAKAN SAYA TIDAK LAYAK KERANA BUKAN PEMANDU TETAP / SEPENUH MASA SEDANGKAN SAYA MEMBAWA E-HAILING SEPENUH MASA. APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH SAYA AMBIL ?
Syarat kelayakan sebagai pemandu sepenuh masa ditentukan oleh Kementerian Kewangan.
13. SAYA PEMANDU PART-TIME E-HAILING. ADAKAH SAYA LAYAK? JIKA TIDAK, MENGAPA ?
Hanya pemandu E-HAILING sepenuh masa layak menerima insentif. Pemandu sepenuh masa terkesan dengan teruk akibat COVID-19 dan PKP kerana ketiadaan pelanggan dan tiada sumber pendapatan yang lain.
14. BOLEHKAH SAYA MEMBUAT RAYUAN? DIMANA PERLU SAYA SALURKAN RAYUAN INI ?
Kementerian Kewangan sedang memperhalusi prosedur terbaik untuk menyalurkan insentif kepada pemandu. Buat masa ini tiada keperluan untuk pemandu membuat sebarang rayuan.
15. AKAUN E-HAILING SAYA DIGANTUNG OLEH ‘EHO’. ADAKAH SAYA LAYAK MEMOHON ?
Kriteria kelayakan pemandu ditentukan oleh Kementerian Kewangan.
16. SEKIRANYA TERDAPAT SEBARANG PERTANYAAN, SIAPAKAH PATUT DIHUBUNGI ?
Sebarang makluman lanjut boleh hubungi Sekretariat Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 Kementerian Kewangan di alamat pre2020@treasury.gov.my.
______________
Bahagian 2: Soalan Lazim 10hb April 2020 – Pakej Rangsangan Ekonomi Insentif RM500 Bagi Pemandu E-Hailing. Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian aduan MOT – 1-800-88-7723, email aduan MOT – aduan@mot.gov.my atau email APAD – taxi@apad.gov.my
1) Siapakah yang layak menerima bantuan insentif ini?
Pemandu E-HAILING sepenuh masa layak menerima insentif. Kriteria kelayakan adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Memiliki Lesen Vokasional (PSV) yang masih dalam tempoh sahlaku dengan Jabatan Pengangkutan (JPJ);
- Kenderaan yang dipandu telah dilesenkan dengan Permit Kenderaan e-hailing(eVP) di bawah Agensi Pengangkutan Awan Darat (APAD);
- Pendapatan bulanan bayaran tambang kasar sekurang-kurangnya RM1,200 berdasarkan jumlah kutipan tambang bulan November 2019, Disember 2019 atau Januari 2020;
- Tidak menerima bantuan untuk pemandu Teksi RM600 di bawah inisiatif Pakej Rangsangan Ekonomi 27 Februari 2020.
______________
PENDAPAT/KEMASKINI DARI ADMIN
[Kemaskini 21hb April 2020] Dimaklumkan bahawa Grab telah bermula mengagihkan bantuan RM500 yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan dan APAD kepada pemandu E-HAILING yang LAYAK menerima bantuan. Ini adalah Peringkat #1.
Kepada pemandu E-Hailing yang LAYAK tetapi BELUM menerima lagi. JANGAN RISAU, Grab akan terus proses pengagihan secara berperingkat. Pemandu E-Hailing yang TIDAK LAYAK rujuk semula syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak APAD di atas.
______________
Hampir setiap hari sejak PKP(Perintah Kawalan Pergerakan) berkuatkuasa. Pemandu E-HAILING bertanya berkenaan status insentif one-off ehailing RM500 dari Pihak Kerajaan.
Apa yang kita ketahui sekarang adalah Pihak Kerajaan masih belum muktamadkan syarat untuk menebus bantuan insentif ini meskipun Pihak APAD telah mengumumkan info Pakej Rangsangan Ehailing di atas.
Oleh demikian, saya menyaran bahawa Pemandu Ehailing tunggu syarat dan langkah lengkap dari Kementerian Kewangan seperti dinyatakan oleh Pihak APAD di atas. Pemandu Ehailing boleh hubungi Customer Service EHO masing-masing selepas 20hb April 2020.
Paling penting, sentiasa perhatikan kemaskini dan pengumuman dari Pihak APAD, Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kewangan.
Akhir sekali, sila JANGAN WHATSAPP nombor di dalam blog ini untuk Bantuan Ehailing. Hubungi KEMENTERIAN KEWANGAN. Admin blog sini hanya boleh mengurus pendaftaran pemandu GrabCar baru. Kerjasama anda amat dihargai!
Terima Kasih.
Admin
#dudukrumah #kitajagakita
___________________________
Minat mendaftar sebagai Pemandu GrabCar?
Klik dan layari website di bawah untuk maklumat lanjut.
___________________________________
Kredit:
Bantuan Ehailing
Bantuan E-Hailing
Cara Memohon Bantuan Ehailing